Thursday, 25 September 2025

RAMAINYA WARGA ASING

 RAMAINYA WARGA ASING:




 





Assalamualaikum diucapkan kepada semua yang membaca blog saya ini, saya hulurkan kembali salam perkenalan setelah bertahun tahun saya tidak menulis lagi kerana saya sibuk dengan kerja , tiada masa sangat utk menulis diblog ini berbanding sebelum ini saya mempunyai banyak masa, inshaalah jika ada masa akan datang saya menulis sedikit.


Nantikan kmudian...... 

Tuesday, 11 September 2018

SALAM UKHWAH!


Salam kembali ukhwah mudah mudahan berpanjangan, bertemu kembali setelah lama sya menyepi,maaf atas kekurangan yg ada,trimakasih juga atas kunjungan para pembaca yg membaca blog sya walaupun sudah terlalu lama sya tidak mengupdatekannya,utk makluman pembaca dari rekod statistic blog ini menunjukkan laman blog ini masih dikunjungi setiap hari sehingga kehari ini,tk lupa juga hingga kehari ini sya masih mendapat email utk tujuan pertanyaan dan masih membalasnya,oleh yg demikian walaupun jika sya tidak menulis semula diblog INI dlm masa yg terlalu lama tetapi ruangan pertanyaan masih dibuka bila bila masa tanpa mengira sbrg bulan atau tahun utk apa jua persoalan berkaitan blog ini selagi mana laman blog ini masih aktif serta boleh dibuka dan dibaca dan adakalanya sya masih berkongsi pengalaman dan crita bersama pembaca di dalam jawapan atau balasan email dari saya,jika anda menghantar email sekadar meluahkan perasaan sahaja pun insha Allah sya sudi "mendengarnya"

Sekian utk makluman!
Trimakasih!

Tuesday, 2 May 2017

SARAK KINAREY

Alhamdulillah bertemu semula diruangan ini,maaf dipinta krn agak lama tidak update akan blog ini.

Sya terjumpa baru baru ini didalam youtube tentang satu rancangan yg mmg menarik,pendedahan berani yg dibuat oleh wartawan melalui satu rancangan yg bertajuk sarak kinarey dan bbrapa rancangan yg seumpamanya,terus terang apa yg ditunjukkan oleh rancangan tersebut mmg tk ubah seperti apa yg pernah saya tengok sepanjang pengalaman saya berada disana dulu.Kini siapa pun boleh mengetahui apa yg berlaku disana,juga ianya sbgai bukti apa yg pernah saya katakan ketika menjawap email para pembaca.Tahniah krn akhirnya ada juga segolongan pihak yg prihatin utk menyedarkan bangsa mereka sendiri utk berubah.syabas bhai jan!

Nampaknya masa masih diperlukan utk mengubah satu keadaan yg agak sukar yg sudah berlaku sejak dulu lagi,semoga keadaan akan berubah kpd yg lebih baik seiring dgn pembangunan dan teknologi yg mula membangun disana.

Namun apa yg agak terkilan utk dimaklumkan disini ialah rancangan tersebut adalah dlm bahasa urdhu dan ianya mmg sgt menarik jika anda dpt memahaminya apapun bagi yg tk tahu berbahasa urdhu lihat sahaja rancangan tersebut kurang lebih pun anda akan dapat memahami jua serba sedikit apa yg berlaku dinegara mereka melalui video yg ditunjukkan.lucu pun ada,serius pun ada,kasihan pun ada,bab buat anda geleng kepala pun ada,itulah rencah hidup dinegara mereka.

Antara yg didedahkan ialah fake pasport,fake doktor,ada klinik didalamnya ada perkhidmatan tailor,ada juga budak sekolah jadi doktor sementara dan boleh mengagihkan ubat,juga keadaan civil hospital yg kotor dgn kucing yg merayau rayau didalam wad,tandas yg juga kotor dan tiada air utk kegunaan pesakit,perkhidmatan membuat pasport dan i.c yg tk mesra serta rasuah.tk lupa juga sekolah yg kotor dan tk terurus,selalu bermusafir jauh dgn keretapi tanpa ada kipas dan lampu yg berfungsi serta bermacam macam hal lagi yg dikupas.

Senang crita selalukah anda melihatnya sendiri akan keadaan seperti itu ditanahair sendiri? Oleh itu bersyukurlah apa yg ada dinegara anda.

Kepada wanita kita yg ada bertanya sblm ini bagaimanakah keadaan hidup jika duduk disana bersama suami....maka dgn rancangan ini membuka sedikit minda anda utk mencari jalan menyesuaikan diri jika menghadapi suasana sebegitu.

Antara tajuk list video yg boleh anda cari di youtube:








Bagi mereka yg berminat utk mempelajari bahasa urdhu anda boleh juga mempelajarinya melalui video di youtube,antaranya video yg bertajuk dibawah:







Tuesday, 31 January 2017

BERTEMU DITAHUN 2017:



Alhamdulillah bertemu kita kembali ditahun 2017 ni,tahun yg membuatkan sya rasa semakin jauh lagi dari tarikh terakhir sya mengunjungi negara pakistan dgn kenang kenangan ketika menjadi seorang student dahulu namun rindu sesekali menjelma terhadap kawan kawan pakistan sekelas yg telah lama sya tinggalkan ,juga khasnya terhadap guru yg pernah mengajar saya.
Mmg kebiasaannya setiap sesuatu ada pro dan kontranya,selama sya menulis didlm blog ni bknlah sya merendahkan sesuatu kaum yg telah Allah swt ciptakan,sya hnya mengritik apa yg tidak baik yg telah mereka lakukan dan seperti yg kita sedia maklum didlm sesebuah negara kita mempunyai rakyat yg baik dan ada juga yg sebaliknya,samada ianya rakyat malaysia mahupun rakyat pakistan namun seperti kata sesorang warga pakistan 'hormat itu penting'

Kalau sya benci dgn kaum pakistan adalah amat tidak logik utk sya pergi belajar dgn kaum yg sya benci.
Sebenarnya perkara ini telah sya terangkan didlm bab PENAFIAN,
Dari satu sudut sya tidak mampu utk berlakon dgn mengatakan bab perkahwinan dgn org mereka adalah digalakkan krn dari sudut sifir pun sudah tidak ballance dan pincang krn ketika lelaki mereka boleh senang senang aje mengkhawini wanita kita,mereka pula teramat susah utk memberikan wanita mereka pula utk dikahwini oleh org luar,jadi dimana adilnya?adat kita yg lebih hormat dan bertolak ansur ke atau adat mereka?

Mmg ada juga kebaikan yg ada dilakukan oleh segelintir org pakistan ini dan sya menghargai kebaikan yg sya pernah rasakan,adakalanya ianya seperti mengatasi sikap org kita seperti sikap mereka yg baik iaitu memuliakan tetamu disana,sya boleh bercerita apa yg indah disana namun sya tekankan sekali lagi bila sya melihat dari sudut bab tentang perkara yg melibatkan perkahwinan org kita dgn pakistan umumnya lain mcm pula rasanya,byk perempuan kita yg memilih pasangan yg agak negatif dari positifnya,krn itu sya lebih berpendirian bahawa mengelak adalah lebih baik bagi mereka yg tk mampu bertahan atau menanggung risiko jika 'tak keserasian' atau ' tersalah pilih' berlaku pada masa akan dtg.

Saya juga cuba utk terus membantu dgn memberi sedikit info kpd kaum wanita kita yg saya rasa bknlah salah mereka jika salah memilih tpi krn ada diantara mereka sendiri yg kurang mendapat maklumat tentang keadaan sebenar,maka sya rasa agak tergerak utk menumpang cerita yg mana setelah sya berkongsi sedikit maklumat diblog sya tnpa mengharap sbrang upah maka saya berharap agar wanita kita dapat membuat keputusan yg lebih teliti samada teman lelaki yg menjadi pilihannya itu adalah yg agak terbaik dgn ciri yg ada atau sebaliknya.

Harap dpt memahami apa yg sya sampaikan.


------------------------------------------------------


Susah Nk dpt kalau nk di ikutkan!



Sunday, 25 December 2016

ANTARA LUAHAN PEMBACA BLOG!



Kehadiran 2017 semakin menjelang walaupun ia bknlah yg lebih utama seperti tahun hijrah namun semoga ditahun baru yg akan dtg ini segala perancangan para pembaca yg baik baik diharapkan semuanya berjalan dgn lancar,kpd wanita kita yg menjadikan warga pakistan pula sbgai bakal suami mereka ditahun 2017 mudah mudahan bahagialah hendaknya dgn tiada apa perkara buruk yg berlaku namun diharapkan sgt keputusan yg telah dibuat itu hanya setelah difikir dan dipertimbangkan masak masak agar kebahagiaan menanti dihadapan bersama bakal suami dan bkn sebaliknya.

Mengenai pendirian sya jika ditanya sya ttp tidak mengalakkan mana mana wanita kita utk berkahwin dgn mereka utk menggelakkan sebarang risiko yg akan dtg namun seperti yg telah diberitahu sblm ini ianya bukanlah keputusan yg muktamad bagi sya krn ianya bergantung juga kpd keadaan bakal sisuami yg ingin dikahwini.

Alhamdulillah sepanjang 2 tahun blog ini berjalan sya masih menerima email email dari pembaca yg ingin bertanya dan yg ingin meluahkan perasaan samada dari tanahair atau dari luar,sya ucapkan byk byk trimakasih diatas kunjungan kunjungan email tersebut dan maaf sya pohonkan jika terdapat jawapan atau ulasan email dan apa jua penulisan sya yg menganggu perasaan para pembaca,maaf sya pohonkan sekali lagi.

Diruangan ini sya ingin berkongsi dgn para pembaca mengenai satu email yg sya dpt baru baru ini dan sya siarkan setelah mendapat izin dari pengirim email tersebut,sebenarnya bermacam macam crita yg sya dpt melalui email email yg dihntar dan yg ini adalah salah satu contoh email yg saya rasa turut menumpang sedih krn melibatkan perasaan seorang ibu sehingga jatuh sakit!

Dan inilah pertama kali sya memaparkan email penuh karangan dari seorang pembaca utk dikongsi bersama walhal dlm tajuk blog sblm ini sya hnya memberikan ulasan kpd email shj tnpa memaparkan isi karangan email yg dihntar pengirim.semoga kita semua dpt merenungi salah satu email ini,

selamat membaca!

Sila besarkan gmbar utk membacanya!


Smbungan dari email seterusnya:










Monday, 28 November 2016

FAHAMILAH 'RINDU' SISUAMI!







2 Minggu lepas sya ditunjukkan sebuah gmbar yg agak menarik oleh seorang berpangkat abg yg pernah bekerja di usa,canada dan dubai.

Beliau mengajak saya kerumahnya utk ditunjukkan bbrapa buah buku dan majallah majallah mengenai keadaan dibbrapa buah negara termasuk buku buku pengembaraan,
sya membelek majallah national geographic yg dihulurkan dan kmudian saya melihat gmbar yg dimaksudkan.

sya mmg menyedari mmg itulah kisah ragam hidup yg biasa terdapat dibbrapa tempat dipakistan khasnya nwfp provence.

Dari satu segi mmg agak hebat juga kanak kanak pakistan ni krn sejak kecil mereka telah cenderung didedahkan dgn kemahiran membuat senjata ini,hingga terdapat buruh kanak kanak yg digaji utk pembuatan senjata ini,bkn itu shj masa sya belajar dulu pernah sya dibritahu oleh org berasal dari area sana bahawa ada satu jenis senjata yg dihasilkan oleh org mereka yakni ianya berbentuk pen tpi ia bukanlah pen yg sebenar tpi lebih kpd "spy pistol" yg digunakan utk menembak musuh dgn jarak dekat,sungguh kreatif mereka krn mampu mbuatnya.

kalau dilihat didlm peta kedudukan sakhakot ini ianya tidaklah terlalu jauh dari pir baba bunir tempat dimana adanya pelajar malaysia yg pernah belajar disana.

Sebagai seorang isteri dari malaysia yg bakal berada disisi suami dinegara tanahair mereka haraplah menyedari serta memahami dan jgnlah berasa janggal jika melihat suami mereka ada yg berminat bermain senjata krn itu adalah perkara biasa disana,kita mungkin akan merasa takut jika ternmpak sesiapa pun memegang senjata terutama mesingan ditmpat kita apatah lagi jika dipetik dgn mengeluarkan suara yg kuat dan bertalu talu pula tpi tidak disana.

Jika anda berada dinegara suami khasnya kawasan bangsa pattan ni jgnlah takut atau bimbang jika suami anda ada memegang senjata dan membidiknya,anggaplah ianya sebuah rindu yg perlu dilepaskan oleh suami mereka ketika pulang kenegara mereka maklumlah ketika ditmpat kita mmg tiada harapanlah utk suami mereka melakukannya apatah lagi hmpir tiada langsung kedai menjual senjata ditmpat kita berbanding dinegara mereka dimana kedai yg menjual senjata disana perumpamaannya dlm 'suasana keadaan' yg nisbahnya hmpir bersamaan jumlah kedai hardware yg ada ditmpat kita.

Anda sendiri boleh masuk mengunjungi kedai seperti ini utk merasa memegang AK 47 yg masyhur itu disana,itulah satu pengalaman yg boleh ditimba.








Note:
Pashtun adalah bangsa pattan yg menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu poshto,tidak seperti kebanyakkan bangsa lain didunia yg menamakan bahasa ibunda mereka mengikut nama bangsa.